Latar Belakang Mohd Misbahul Munir Masduki

Beliau mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Semasa belajar di UKM, Bangi 2003, beliau menulis tesis bertajuk 'Konsep Negara Islam Yang Diperjuangkan Oleh PAS Dalam Konteks Politik Malaysia Hari Ini'. Kajian ini lebih memfokuskan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun begitu pengkaji juga turut membincangkan ideologi, dasar, matlamat dan perjuangan PAS.

Beliau juga bergerak aktif dalam NGO dan berjawatan sebagai Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia. Dalam pendidikan beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (guru) di beberapa buah sekolah di Perak. Dan sekarang beliau merupakan Pengetua Pusat Dakwah Serantau yang beroperasi di Sg, Merab, Sepang, Selangor.